PlayStation Portable
PlayStation Portable

PlayStation Portable

PlayStation Portable (PSP) (ᴊᴘ プレイステーション・ポータブル) adalah sebuah konsol permainan video mudah alih yang dibangunkan oleh Sony Computer Entertainment[4]. Pembangunan mengenai konsol ini diumumkan pada acara E3 2003[5], dan telah diperkenalkan pada 11 Mei 2004 semasa sidang akhbar Sony sebelum bermulanya acara E3 2004[6]. Konsol ini dilancarkan di Jepun pada 12 November 2004[7], di kawasan Amerika Utara pada 24 Mac 2005[8] dan di kawasan yang menggunakan PAL pada 1 September 2005[9]. Konsol ini bersaing dengan beberapa konsol utama lain seperti Nintendo DS sebagai sebahagian daripada generasi ketujuh konsol permainan video.PlayStation Portable merupakan konsol mudah alih pertama yang mampu bersaing secara terus dengan konsol Nintendo DS oleh kerana spesifikasinya yang dianggap berkuasa, berbanding dengan konsol mudah alih lain seperti Neo Geo Pocket dan Nokia N-Gage yang gagal memecahkan dominasi Nintendo dalam pasaran konsol permainan video mudah alih[10]. Konsol ini memiliki cip mikropemproses grafik yang berupaya memaparkan grafik yang lebih mendalam[11] serta memiliki keupayaan memainkan bahan media lain seperti memainkan video dan paparan saluran televisyen, menjadikan PlayStation Portable ini sebuah peranti mudah alih multimedia yang banyak digunakan pada ketika itu[12]. Ianya juga memiliki sambungan yang boleh digunakan untuk menyambung konsol ini kepada PlayStation 3 serta PSP lain dan juga sambungan Internet[13][14].Model asal PSP (PSP-1000) kemudian digantikan dengan model semakan (PSP-2000) atau Slim & Lite yang menawarkan perubahan dari segi penampilan fizikal pada tahun 2007. Model semakan berikutnya, PSP-3000 menawarkan fungsi mikrofon terbina serta rekaan skrin yang baru yang dikeluarkan pada tahun 2008. Model semakan terakhir yang dikenali sebagai PSP Go diperkenalkan pada tahun 2009, diikuti dengan model bajet, PSP-E1000 dikeluarkan pada tahun 2011. PlayStation Portable akhirnya digantikan dengan PlayStation Vita yang dilancarkan secara rasmi pada bulan Disember 2011 di Jepun dan pada bulan Februari 2012 di seluruh dunia.Pasaran PlayStation Portable ditamatkan secara rasmi sekitar tahun 2014 di seluruh dunia[15], yang telah mencatatkan jualan sebanyak 80 juta unit terjual setelah 10 tahun dilancarkan[1].

PlayStation Portable

Permainan terlaris Monster Hunter Freedom Unite (3.5 juta) (sehingga 30 Jun 2010)
Dimensi PSP1000/2000:
74 mm (2.9 in) (t)
170 mm (6.7 in) (l)
23 mm (0.91 in) (d)
PSP3000:
71 mm (2.8 in) (t)
169 mm (6.7 in) (l)
19 mm (0.75 in) (d)
PSPGO:
69 mm (2.7 in) (t)
128 mm (5.0 in) (l)
16.5 mm (0.65 in) (d)
Keluarga produk PlayStation
Media UMD, pengedaran digital
CPU MIPS berasaskan R4000; terjam daripada 1 hingga 333 MHz
Paparan LCD TFT 480 x 272 piksel dengan 16.8 juta warna, 16:9 skrin lebar, 3.8 in (97 mm) (PSP GO), 4.3 in (110 mm) (model lain)
Pengilang Sony Computer Entertainment
Berat PSP1000:
280 gram (9.9 oz)
PSP3000:
189 gram (6.7 oz)
PSP GO:
158 gram (5.6 oz)
Ingatan 32 MB, atau 64 pada model 2000, 3000 dan PSPGo.
Pengganti PlayStation Vita
Generasi Ke-7
Muatan storan Memory Stick Duo dan Memory Stick PRO Duo (2, 4, 8 atau 16 GB)
Ketersediaan runcit Jepun: 12 Disember 2004
A.S. & Kanada: 24 Mac 2005
Eropah & Australia: 1 September 2005
Bil. dijual Seluruh dunia: 82 juta (sehingga November 2013)[1][2][3]
Ketersambungan Wi-Fi (802.11b), IrDA, USB
Jenis Konsol permainan video mudah alih

Rujukan

WikiPedia: PlayStation Portable http://www.gamesindustry.biz/content_page.php?aid=... http://www.playstation.ca/psp/ http://www.1up.com/do/newsStory?cId=3137199 http://arstechnica.com/news.ars/post/20041213-4458... http://www.gamedaily.com/games/playstation-portabl... http://www.gamespot.com/news/2004/05/11/news_60971... http://www.gamespot.com/news/2005/03/24/news_61210... http://www.gamespot.com/news/6027470.html http://www.gamingworldx.com/news/PSPReleasePostpon... http://gameboy.ign.com/articles/457/457945p1.html